Buat Duit Blog

Friday, March 28, 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

tim87 | 11:27:00 AM | |
Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..

Pernah dengarkan selalu orang mengajak kita membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat..? Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah. Aku pun akan cuba jugak mengamalkannya walaupun jarang baca Al-Kahfi berbanding bacaan Yassin. Sebagai insan yang kerdil, aku pun berusaha memperbaiki diri yang tak cukup lagi penuh dengan ilmu-ilmu agama. Semoga aku diberi peluang tersebut, inshaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku ok. 


Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

(HR Hakim 3349) :
 “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:


“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:


“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:


“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : 
“sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam..

1 comment :

Anonymous said...

Have you ever thought about including a little bit more
than just your articles? I mean, what you say is fundamental and
all. However just imagine if you added some great images or
video clips to give your posts more, "pop"! Your
content is excellent but with pics and videos, this website could definitely be one of the very best
in its niche. Terrific blog!

Feel free to visit my web page :: seo