Buat Duit Blog

Friday, May 15, 2015

GUGUP?

tim87 | 6:23:00 PM |
Assalamulaikum semua...!

Pelik sikit topik kita ari ni eh.. haha..! Aku ni nampak je gagah. Tapi sebenarnya gugup orangnya. Siess beb, aku jenis cepat gelabah, cepat gugup, cepat cemas and wat so ever la yang adek beradek ngan dorang nih! Orang kata kan, kalau selalu mengalami semua di atas, orang ni stress tahap cipanzi. Sejauh mana kesahihannya aku pun tak tauuu... Malas nak buat research! haha.

Ok, back to GUGUP. Bila part aku gugup ni sebenarnya??

Yang pertama bila aku kena bercakap kat depan. Contoh bila pengucapan awam ke, bagi ucapan untuk apa-apa majlis ke, buat presentation depan kelas ke... haaa!! Part tu bilik yang sejok tahap suhu afrika pun aku boleh jadi berpeluh! Debaran dan denyutan jantung sangat kuat! kalau gi buat check up ni memang aku rasa dorang fikir aku ni banyak penyakit kot! haha. Aku start di arah untuk menjadi emcee sesebuah majlis ni sejak aku mula masuk keje. Kat opis aku masa tu aku la yang paling muda sekali. Suwittt 19 i told u! haha. Nak tak nak, aku kene terima jugak walaupun paksa rela. Bila aku dah terima tu, setiap kali program pulak orang panggil aku jadik emcee!!! ape ke hall???? hahahah. Tapi kan, bila dah selalu jadi emcee pun memang setiap kali tu jugak aku gugup. AKu rasa sejenis penyakit kot gugup ni. kan?

Yang kedua bila aku jumpa orang atasan. Ermm.. Tak kisah la bos aku ke, bos jabatan lain ke, YB ke.. Sesape je yang ada pangkat tu lah! Memang aku cuak, nevessssss, gugup dan sewaktu dengannya. Aku kadang-kadang pun pelik jugak kenapa aku jadikk cenggitu eh? hikk!

Yang ketiga aku gugup kalau nak bercakap dengan orang yang mula-mula kita kenal. Yesss, ramai yang fikir aku peramah. haha! Peramah ke haa? Ekceli dalam hati Tuhan je tahu! aku debar-debar sebenarnya. hihi. Malu kot? eh?

Yang keempat, aku selalu gugup kalau nak gi dinner ke, nak gi kenduri ke.. haha. macam aku pulak yang nak kawen..? haha. Ntah la. kenapa hoiii..?

ermmm, aku rasa 4 part tu je aku selalu gugup! Untuk yang tak kenal dan yang dah kenal aku tu, korang takkan perasan part bila aku gugup. hihi. aku selalu cover line kot? haha. ohh, aku pernah terbaca artikel yang cakap GUGUP ni sejenis penyakit MENTAL!!!!! Ya Allah.. sahih ke ha? Ni ha, sumber dari sebuah majalah.

Gugup merupakan masalah mental yang sering dialami sebagai reaksi tubuh terhadap stres. Namun, pada orang tertentu keadaan tersebut dapat timbul tanpa ada stres yang nyata atau sebagai reaksi terhadap situasi yang pada orang lain tidak menimbulkan stres. Orang yang mudah gugup dan gelisah dapat disebabkan oleh sistem saraf yang terlalu aktif.
Siapa yang ada masalah macam aku ni haa? kalau cara aku nak hilangkan gugup ni pelik sikit.. haha. Pernah jugak gugel, tapi aku just baca je. jarang nak amalkan or praktikkan. nanti la kalau next entry ni aku rajin menaip, aku taip lah ok. Arini kepenatan yang teramat sangat plus tak cukup tidur.

ok, jumpa di lain entry k. eh, baru perasan, kalau taip entry pun kadang boleh nebes or debar.. eh>? acaner tu? semua benda pulak aku nak gugup ni ha. adoi.

bah. selamat mengugupkan diri.





xoxo, 
si gugup yang rare!

No comments :