Tuesday, June 30, 2015

Jangan.

tim87 | 10:00:00 PM | Be the first to comment!

Jangan terlalu lama berendam luka
Jangan terlalu lama menyimpan
dendam amarahnya manusia
Jangan terlalu pincang dalam berkata
Jangan memandang enteng sesuatu perkara

Dalam hidup

Ada waktu, kita kena belajar melepaskan walaupun sakit

Sentiasa awasi tiap bait kata
Gusar ada hati yg terluka
Gusar dalam tak sedar membuka aib diri atau manusia
Gusar dipersoal tiap kata kata

Sesuatu hal
Walau sekecil kecilnya perkara
Jangan terus ambil mudah

Kerana, ada waktunya
Yang dianggap kecil dimata kita, besar nilaiannya pada DIA


Xoxo
Bercakap denGan bintang

Friday, June 26, 2015

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID!

tim87 | 9:52:00 AM | 5 Comments so far
Assalamualaikum korang..!

Haaaa!! Harini entry khas buat perempuan je ok! Yang laki kalau nak baca pun takpe. Mana la tahu boleh la gi tau mak, adik, kakak, wife or girlfriend korang.. hihihi.. Tapi, aku mintak maaf la kalau ade bab sensored kat sini ke ape ke kan. Open minded eh sebab aku rasa benda ni normal. *dulu aku bukan open minded tau sebab malu!!*

Pompuan ni memang tak pernah lari dari sakit perut kan terutamanya masa datang haid? Sakit perut ketika kedatangan haid adalah satu simptom yang lazim dikemukakan kepada pakar sakit puan. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea".

Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea). 

Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh semakin parah bila perempuan salah memilih menu makanan.

Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.

Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.



Kat bawah ni ada beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik Livestrong, Isnin (28/5/2012). 

1. Coklat
Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.

2. Produk susu
Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

3. Makanan olahan
Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

4. Makanan yang bergoreng
Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.

Ermmm.. nampak gayanya makanan tu semua peberet aku terutama coklat dan susu! hahaha. So, kalau period ni kenalah pantang dulu minum susu ke teh ke coffee ke... Argghh..! 

Actually, aku rasa aku jarang kena senggugut ke sakit perut ni. Aku ni kalau period memang selalu sakit pinggang or back pain yang teramat seksa bagi aku. Tapi setakat ni aku tak pernah la amek cuti ke, nangis ke kalau sakit camtu. Pernah waktu sekolah dulu, member aku sampai nangis-nangis sebab terlampau sakit senggugutnya. Ade pulak yang sampai kena refer dengan hospital or poliklinik dan kena makan ubat macam-macam. Ade pulak yang sampai nak berkurung je dalam bilik sepanjang tempoh period tu. Errr... Macam dah tahap teruk sangat dah. Macam-macam kan. Masa tu ilmu aku cetek sikit pasal ni sebab masa tu aku belum datang bulan lagi.. ekkekekke.. Memang jenis hormon lambat kot. First haid aku masa form 3! Sape yang sama ngan aku eh? Ke aku yang paling lewat? Ke aku tak normal? erkkk... no komen. :) haha.

Ok, harap bermanfaat dan selamat berpuasa uolss!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Nota Jumaat #7

tim87 | 9:26:00 AM | 1 Comment so far
Assalamulaikum korang..

Arini nota jumaat kembali lagi.. Just nak share, janganlah kita ni berlebihan dalam pengharapan kepada insan, tetapi lebihkan doa kerana Allah tempat bergantung harap. Errmmm.. Aku buat peringatan untuk diri sendiri sebab aku ni kadang-kadang selalu bergantung harap pada seseorang yang aku percayai. Tak semua ok. Certain orang je. Ermm.. mungkin tu boleh buat aku lega dan cool down. 




Selamat berpuasa dan salam jumaat.


xoxo,

bercakap dengan bintang

Thursday, June 25, 2015

CARA SEMAK PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN JPA

tim87 | 1:52:00 PM | | | 9 Comments so far
Assalamualaikum semuaa...

Alhamdulillah... Arini dah puasa hari ke-8. Ade yang dah berlubang tak..? hihi.

Ok, kalau ikut entry aku yang lepas untuk urusan dokumentasi jawatan inspektor tu, ade memerlukan korang untuk dapatkan pengiktirafan untuk course atau universiti tempat korang study. Since ramai yang tanya aku baru-baru ni bagaimana nak dapatkan pengiktirafan JPA untuk attend interview dan sebagainya, so arini aku buat entry khas untuk korang. Pada yang belum tahu tu pun boleh baca entry ni ok. Btw, thanks pada yang bertanya samada bertanya kat closed group ke, kat private messege aku, kat whatsapp, komen kat blog mahupun email aku. Sebabnya aku tak tahu pulak ramai yang tak pernah dengar pasal pengiktirafan ni. So, arini aku bagi link kat korang macamana nak dapatkan pengikitirafan tu.

Ok, sebelum tu kan. Nak bagitahu la sikit pasal kepentingan pengiktirafan ni. Ekceli, benda ni dah lama dah wujud. Tahun 2002, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 bertajuk "Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam". Pekeliling berkenaan memaklumkan perlunya Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.

But now, pihak kerajaan telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.

Ade yang gitau, "Mak Jemah, kami ni belajar kat IPTA, kene dapatkan jugak ke pengiktirafan ni? Bukan kah IPTA tu kerajaan yang punyerrrr.. Perlu ke?" 

Yesssss lalingg ku sayanggg.. tak kesahhh la korang study kat IPTA ke IPTS ke, memang perlu dapatkan jugak pengiktirafan ni untuk korang apply keje gomen aka kerja kerajaan. Selain tu, pengiktirafan ni pun boleh digunapakai untuk tujuan penajaan/pinjaman pengajian atau pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan, dan sebagainya. Ada faham disitu?

Oklah, tak nak cakap panjang. Korang follow je step aku ni eh.

Firstly, korang klik kat link yang aku bagi ni :
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/esisraf/

Korang akan nampak page dia macam gambar kat bawah ni. Klik je ikut arahan aku kat bawah ni. hihi. Amboiii, arahan engkoooo! Gedik la makjemah ni uolss.! haha.

Ok, once korang dah klik, otomatik akan keluar menatang macam gambar kat bawah ni. haha. Tak tau nak cakap mende alah tu. haha.Tadaaaaa!! hikz..


Ni la menatang tu. hihihi.. Isi je ikut ape yang dorang mintak eh.. Kalau bidang korang tak tersenarai, korang just type kat carian/search tu. Aku bagi contoh aku punyer keyh. Sebab, course aku takda kat dalam list bidang tu.


And then akan keluarlah keputusan samada korang punye course tu ade ke tak. Kalau ade tu diiktiraf la maksudnye. Kalau takde tu paham-paham lah eh. Nihaaa.. Keputusan yang aku search tadi.. Dapat 9 keputusan.



Untuk pengetahuan korang semua, aku ni PJJ je.. So, kene carikla satu-satu result tu ikut tempat pengajian yer.. Semua yang PJJ tu kene alert eh, jangan nak print sebarang je. Kene klik satu-satu pilihan yang ada tu.. And untuk yang akan amek PJJ tu jugak, hati-hati pilih course, sebab tak semua course kat luar tu diiktiraf. Aku pun tak faham bab neh.

Sebab ape aku gtau kene hati-hati. Sebab dulu ade sorang member aku amek course kat salah satu Universiti ni. Tapi bila kami mohon untuk kelulusan Ketua Jabatan, tup-tup dorang kate tak diiktiraf pulak course tu. Kesian member tu, dah sem ke berapa tah dia masa tu. Tapi now dia dah sambung PJJ kat Universiti lain pulak. hehe.. Syukur. Takpe la kalau ade duit. Kalau aku di situasi dia memang tak kot aku sambung. hehe. Mak jemah ni kan mudah nak give up.

errr.. Ade yang tanya Universiti mana tu makjemah? ermmmm... Sorry k, taknak gi tau Universiti mana untuk menjaga prestasi Universiti tu and ofcoz jaga reputasi Makjemah ni uolss.. Kang tak pasal-pasal kene banned plak belog mak jemah ni.. Kang tak leh nak bebel lagi. haha.

Aku nyer course kat pilihan yang ke-6 tu, so akan keluar la surat pengiktirafan tu.


Kalau dah check n betul semua, korang klik yang kaler hijau tu. Print terus. Kalau nak print berhelai-helai pun tak pe. Untuk kegunaan korang next time. Tak yah la nanti tiap kali nak kene panggil interview baru nak kalut carik. Betul tak..? =)

Haaaa, ni yang dah ready untuk di print out!


So, dah boleh attend untuk interview or apa-apa sahaja panggilan dokumentasi atau ujian fizikal (kalau dorang mintak lah).

kalau tak faham or ade nak tanya, boleh komen kat bawah eh. Sorry, tak sempat nak reply pertanyaan korang satu-satu kat private message or email aritu.

Gudluck yer korang! Tak kira la dalam apa jugak interview yang korang dapat. hehe.

Mmmuahhhhciked!
Selamat berpuasa bagi yang Muslim.


***SILA KE ENTRY INI UNTUK MENDAPATKAN LINK TERKINI. LINK DI ATAS TELAH BERTUKAR DAN TAK DAPAT DIBUKAK DAH. KLIK SINI!!*****
update on 05.01.2016

xoxo,
bercakap dengan bintang.

Tuesday, June 23, 2015

Cinta Sukar Ditafsirkan by Mal Imran

tim87 | 10:00:00 AM | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang..!

korang tahu tak siapa Mal Imran ni ah? 1st time gak dengar nama dia ni. EKceli aku tahu lagu dia ni pun dari sorang member aku. Cair jugak bila dengar! Sebab lirik tu macam kene je kat aku! Eh? Haha. Adoiii. Berhantu jugak lagu ni beb. Sebab pe? Sebab aku boleh senyum sorang dengar. Feeling-feeling angau bercinta giteww. Aww! Haha. *haish! Berangan mak jemah ni!* tengkiu beb, bagi aku dengar lagu nih. Ni yang sayang ko lebeh ni..!

Ok uolls, sila layan lirik dibawah sambil baring-baring dan golek-golek. Jangan angau sorang-sorang plak eh. Sedap pulak sore mamat neh. Bila gugel, baru tahu mamat ni Sarawakian! Oh, proud pulak jadi minah Sarawak! Eh, aku tak tahu pulak mamat ni join MENTOR eh? Aku memang tak follow rancangan realiti tv ni.. Hihikk! bah, jom karokz!




Cinta Sukar Ditafsirkan - Mal Imran

Ku masih ingat saat-saat yang indah
Ku masih rasai kau ada di sisi
Walaupun kau sudah tiada
Kenapa ku merinduimu
Sebab hati ada simpan cinta lalu

Setiap penjuru kusimpan memori
Setiap gerakku terdengar suaramu
Sebagaimana ku kata ku masih perlukan dia
Untukku terus jalani masa ini

Korus
Ku ingin kau tahu
Aku masih di sini
Masih setia menanti
Biar apa terjadi

Ingat satu janjiku padamu
Kau akan jadi milikku
Kau dan aku kan disatukan
Kerna cinta sukar ditafsirkan

Sirami cinta aku dengan rindumu
Suarakan suara hati yang membisu
Walau sejuta tahun pun
Takkan hatiku berubah
Tuhan lindungi hati kita
Hooo...yeahhh

Korus
Ku ingin kau tahu
Aku masih di sini
Masih setia menanti
Biar apa terjadi

Ingat satu janjiku padamu
Kau akan jadi milikku
Kau dan aku kan disatukan
Kerna cinta sukar ditafsirkan

Monday, June 22, 2015

Insomnia menjadi-jadi!

tim87 | 6:08:00 AM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Isnin rupenye ari ni. Huhu. Arini dah balik habitat uolss. Huhu. Sumpah tak best. lama nya nak tunggu next wiken. Erghh..!



Macam biasa lah, aku ni kalau nak balik habitat memang tak boleh nak tido. Hampir setiap kali memang aku tak tido sampai pagi. Tak kira la bulan puasa ke bulan lain. Tapi waktu bulan puasa ni memang dah tabiat aku kot tak tido malam. Teruk betul insomnia aku neh. Nak gi jumpe doktor kang sah-sah dorang bagi pil tido jerk... Heh..! apeeeeeeeeeeee daaaaa...

 So, ape aku buat semalam? Jeng..jeng..jeng.. haha.. tak de pape pongg.. Just mengemas bilik yang tak pernah habesss di kemass.. banyak pulak penemuan aku semalam. Hihi. senyum sorang kat bilik. Kebanyakan buku-buku waktu sekolah dulu-dulu. Haha. Jumpe pulak album gambar waktu sekolah. Legend sunggoh. Len kali lah aku haplod eh, kalau rase teringin la.. hehe.

Bilik oh bilik.. Tah kenape la aku rase semak bila tengok bilik sendiri. Sesak pulak nafas. Haha! Verangan nak bilik luasss macam orang kaye,wardrobe satu bilik khas, so tak la nampak semak sangat. Eh? Merapu pepagi dah kenape..

Dah, dah.. nak tido la dalam express.. sebelum line hilang, bior la aku bermimpi indah kejap. bior la hanyut kat sungai rejang tak siapa pun tahu. *mak jemah edisi merajuk*

Aku baru nak tido. Cepat say gudnite kat aku! Haha.

Ok lah, sewel pepagi.
Selamat berpuasa uolss!
Mmmmuahhciked!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sunday, June 21, 2015

Congratulations babe!

tim87 | 4:53:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum uolss!

Bestt nyerr dapat gudnews dari sorang member yang kire rapat gak dah skang! Hoyeayy! Syukur alhamdulillah dah dapat 2nd baby on 20 Jun 2015! Baby boy pulak tu..! congratz to both of u babe! Happy to hear that news. Happy sangat! Eh, aku pulak terlebey eksaited. Macam aku plak baru beranak skang neh. Haha. Yeayy! nak panggil auntie ke kakak ke mama ct ke? Haha. *gedik*

Tahniah! Tahniah! N tahniah!!!!


well uols, nama baby belum ade lagi. Gambar baby pun dah tengok! Comeyyyy sangat! Sorry uolss, aku tak nak haplod sebab tu hak cipta terpelihara. Aku tak mintak izin pun lagi nak haplod gambar baby dorang dalam ni. So, I have to understand and considered k.. respect to others so they will respect us. Betul tak? Hehe.

Tazzzzzzabbaaarrr nak jumpe baby ni! Nak kisssssss n hug kuat-kuat! Hehe.. well, uolss tau kan aku memang suka budak kecik, lagi-lagi ngan baby! Errmmm, tapi jauh pulak lah tempat member ni. Huhu. Tah bila dapat jumpa kan. Tah-tah baby dah besar, dah sekolah pun belum tentu dapat jumpe kan. Hmmm...

Bila cerita-cerita pasal baby ni pulak.. haaa!! Ade lagiii aku dapat soalan bonus ni ha! Alaaaa.. penat nak jawab soalan manusia-manusia sekeliling ni. Aku dah gitau kan belum ade rezeki, belum laa.. Allah dah atur yang elok-elok untuk semua hambaNya kan? InshaAllah, ade la nanti rezeki aku tu. Sabar eh.

Ok lah, tak nak spoil kan mud happy aku ok. Tak kesah la orang kate aku macamana, tak leh mengandung ka, tak pandai buat anak ka, penyakit itu ini kaa, wats your problems dude? aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah.

Sayang uolss..
Mmmuahhhcikedd!

Hashtag : akunakbabyjugak


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Friday, June 19, 2015

Rabak.

tim87 | 11:59:00 PM | Be the first to comment!
Ermmm...

Aku berhempas pulas nak jaga hati orang, tapi orang still sakitkan hati aku. hmmmm.. entahlah, tak tahu nak cakap ape.. Make dunno je la. Wat tak tauuu ja..

Haaa... ni la akibat terlalu banyak jaga hati orang, sehingga lupa hati sendiri. Terabai je. Rase sebak, sampaikan hati pun jadi RABAK.

Meh sini sape nak sangat sakitkan hati aku..aku gigit telinga sampai putus. Eh?


Xoxo,
bercakap dengan bintang

Dugaan....

tim87 | 11:03:00 AM | Be the first to comment!



Banyak nyaaaa dugaan aku akhir-akhir ni. Ya Allah... Macam nak jeritttttt je kuattt-kuattttt...! nak meraunggg je kuatt-kuattt... ! Lepaskan semua yang terpendam ni haa.. Ermmm... Tak siapa pun faham hati merah ni. Apalah daya aku Ya Allah. Oh, i don't wanna cry beb!

Pujuk hati supaya redha. Allah Maha Mengetahui.  Aku pendosa yang tak lari daripada buat kesilapan. Sebak. Hidup ni kadang-kadang kita di atas, kadang di bawah. Pape pun, life must go on. No matter we are right or wrong. Ermm, dapat ke?

Sabar Ct, sabaaarrrr.. Tambah-tambah bulan Ramadhan ni. Kena banyak sabar, mana tau de hikmah. Ermmm.. Tak nak kate ape. huuhu. Hati sendu. Ok, tak nak pikir lah.

*selalu kate jangan down, tapi aku selalu down ekceli*

xoxo,
bercakap dengan bintang.


Simple Giveaway : From Bintulu With Love

tim87 | 10:14:00 AM | | | | | 4 Comments so far
Salam jumaat buat korang semuaaa..

Join giveway ni kalau korang nak dapat hadiah kiut-kiut daripada Sarawak! =) *Proud to be Sarawakian* hihihih.. Ikut je syarat dorang dan 10 bloglist dan 10 10 pemenang akan dipilih. Gudluck untuk korang ok!



Meh ajak geng-geng lain untuk join! Sekadar suka suki jeeerrr.. Mana tau dapat kan. Tak dapat hadiah pun aku nak dapat bloglist tu,. hihi. =D


Mmmmuahhhciked...!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, June 18, 2015

Segmen Blogwalking Ramadhan bersama Misya

tim87 | 1:34:00 PM | | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang. 

Lama dah tak join segmen kan! Jom, klik banner kat bawah, kita blogwalking ramai-ramai k. =)




Ingat tau, tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 JULAI 2015 (12.00 Tengah malam)!
Selamat berpuasa semua!
Selamat berblogwalking!
Selamat berkenalan! 


xoxo,
bercakap dengan bintang.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 1436H

tim87 | 3:17:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum semuaa..

1stly, syukur alhamdulillah, kita dipertemukan semula dengan bulan mulia ini iaitu Ramadhan. Bulan penuh rahmat dan penuh ganjaran. InshaAllah, semoga dipermudahkan ibadah kita serta diampuni segala dosa-dosa yang lalu.



Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa di perantauan. Eceh, perantauan la sangatkan. Hehe. Takat 3 jam menyusuri Sungai Rajang tu ape lah sangat kan.Haha. Watever it is, bagi aku still jauh sebab memang susah nak balik Plus tambang makin mahal. Oh, ini memang sadis!

Dan buat kesekian kali jugak aku berpuasa tanpa insan tersayang disisi. Teringin pulak nak jadi macam orang lain, masak untuk suami, berbuka dan sahur dengan suami, gi tarawih sesame. Oh, ini lagi sadis..! :"( Dah masuk 4 tahun macamni. Bila akan berakhir? MasyaAllah. Berikan kami peluang itu Ya Allah.

Apa-apa pun, aku, hati merah yang sadis ini memohon kemaafan untuk semua followers dan readers belog hati merah ni sepanjang hampir 8 tahun aku berblogging ni. Mana lah tahu entry aku ade buat korang terase hati ke, tak ter-reply komen korang ke or watever lah.. Lumrah hidup, manusia takkan lari daripada melakukan kesilapan. Kan..kan..kan..?



Semoga bulan mulia ni sama-sama kita mengejar ganjaranNya. Banyakkan berdoa, manalah tahu Allah bagi petunjuk untuk rezeki kita di bulan mulia ni kan. Who knows kan?

P/s:  Dapat kot aku puasa penuh tahun ni? InshaAllah.. ;) 

Selamat berpuasa.
Salam Ramadhan 1436H.

Aku sayang korang semua!
Muahhhciked!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang.

Saturday, June 13, 2015

PENGALAMAN MENGHADIRI URUSAN DOKUMENTASI ESKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR (LELAKI/WANITA) 2015

tim87 | 9:22:00 PM | | | | 146 Comments so far
Assalamualaikum duniaaa..

Seperti yang dijanjikan, aku akan hapdet tentang pengalaman aku untuk menghadiri Urusan Dokumentasi Esksesais Pengambilan Jawatan Inspektor (Lelaki/Wanita) 2015 yang aku dapat panggilan baru-baru ni. Pada yang tak pernah or tak ingat entry tu, sila gi entry aku yang sebelum ni ok.. KLIK KAT SINI!

Ok, semalam (12 Jun 2015) aku dah attend untuk urusan ni Bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

Sempat!
Aku dengar dorang buat 4 hari untuk urusan dokumentasi ni.. maksud aku ade yang kena hari ni, ada yang kena panggil besok dan lusa.. Sabah pun serentak dengan Sarawak kot..? Kalau ade calon Sabah sila betulkan aku yer.. Calon lelaki hari lain kot. Sebab arini semua pompuan.

Ramai yang message kat email , komen kat closed group calon di FB n komen kat entry tu apa yang berlaku semalam. Errmm.. actually takde pape sangat pun semalam. Dah nama pun urusan dokumentasi kan. So, just melibatkan dokumentasi sahaja. Since ramai yang dah bertanya, so aku share je kat entry kali ni ok. Hopefully ade la calon-calon yang akan pergi tu baca and boleh la prepare ape yang patut. Sharing is caring, caring is loving! Muahahahaha.. ;) Siapa yang dah attend tu, nak share kat sini ponggg boleyyy... ruang komen kat bawah tu menunggu je korang! Hihik..

Bosan dengar aku bebel kan..? Hihi.. 1st of all, aku mintak maaf la kalau bahasa yang aku guna ni rojak sket. kalau ade yang tak paham ke nak tanya boleh komen je kat bawah k.

Ok.. back to the topic. Masa aku sampai semalam, aku tunggu kat bawah je.. Hihi. Aku ingatkan aku yang paling awal sampai sebab datang sebelum 7.30 kan. Rupenye ramai dah ready kat dalam dewan. Dewan tempat berkumpul tu tingkat atas. Hihi.. kalau tak kerana mak calon yang bagitau, aku tunggu je sorang-sorang kat bawah. Hihi..by the way,. Kipidap! Macamni lah disiplin nak jadi pegawai.. semua datang awal nokkkk... haha. Walaupun baru istilah calon. Tapi ade jugak beberapa orang yang sampai dekat pukul 8 or 8 lebih. Ok, nasihat aku.. sila datang awal untuk elakkan jem, elakkan apa-apa yang tak elok berlaku. Malu beb kalau datang lambat. Sib bek pegawai semalam takde la nak sergah-sergah, kalau tak... mau kecut perut mak jemah ni ha.. hikk! Salah sorang sarjan tu aku kenal, tapi dia tak kenal aku lah.. hihi.. sebab dia ajar budak-budak kadet polis masa sekolah dulu.. dialah yang memecah kesunyian sebab banyak buat lawak walaupun suara dia besar. Kalau orang tak kenal mesti fikir dia marah.. tapi sebenarnya tak!


Haaa.. nila tempat kami berkumpul. Tingkat atas tu la dewan..



Sesi pertama tu, kami diberi taklimat oleh ASP Zaidah. Beliau daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan beliau hadir bersama 3 orang anggota daripada sana. Semasa taklimat tu, dia dah gi tau awal-awal dah siapa nak surrender boleh keluar. Sebab ade yang hadir pagi tu nampak rendah-rendah. Bukan nak menghalau, tapi dah tu memang syarat dorang. Dorang ikut prosedur jugak. lagipun dah mention awal-awal dah dalam surat tapi calon nak gi jugak. Tapi kalau ade yang nak teruskan jugak, stay je la.. Takde yang keluar sebab since dah dah dapat surat, dorang nak try jugak. Tapi betul la ape pegawai tu cakap, agak buang masa dorang jugak lah nak ukur tinggi padahal memang tak cukup syarat pun. Nanti lah aku summarize kan ape yang patut at the end of my entry ni ok..

Dalam taklimat tu jugak, beliau memaklumkan bahawa urusan kali ini hanya untuk menapis atau memilih calon yang akan ke fasa ke 2 iaitu Ujian fizikal dan MIT (Malaysian Integrity Test). Maksudnya urusan kali ni hanya nak ukur tinggi, berat dan semak sijil-sijil yang dikehendaki sahaja. ITU SAHAJA.

So, selepas lulus fasa ke 2 tu pulak, calon akan dipanggil untuk temuduga. *harap lulus la fizikal nanti*

Beliau jugak ade inform berkenaan dengan larian 2.4 km dalam masa tidak lebih daripada 15 minit masa ujian fizikal akan datang. Walaupun takde dalam checklist borang tu, tapi dorang kena buat jugak larian tu sebabnya ramai yang menipu medical check up dorang. Yela, ade yang mintak tolong doktor yang dorang kenal, ade yang mintak tolong family or rakan-rakan yang keje doktor.. bila masuk PULAPOL, ade je yang sakit lah, yang pregnant la and so on. So, itu lah tujuan utama dorang buat larian 2.4 km tu.

Lepas je taklimat tu, kami diarahkan untuk mengisi borang pengambilan jawatan Inspektor. korang kena dengar betul-batul arahan. Isi maklumat sampai nombor berapa tah. Tapi aku terrrrrrrrisi bahagian Bidang pengajian dan Universiti tu. Haha. Orang dah cakap jangan isi, aku isi jugak. Sebenarnya khayal lebehhhhh.. part tu pihak dorang yang akan isi ikut sijil yang kita akan nanti. Dah sah-sah tulis kat situ *untuk kegunaan pejabat*.. haha. Aku tak perasan beb! Padahal dah dengar dah arahan sebelum tu. Hikk! Eksaited nyer pasal tapi tangan gigil dari mula sampai tu sehingga waktu balik.



Lepas je isi borang tu kami diarah untuk berbaris dan mengambil sukatan tinggi dan berat. Ok, masa ukur tinggi dan berat semalam, calon yang bertudung didahulukan. So, anggota lelakI kena keluar lah. Sebab ade part yang dorang tak puas hati dengan tinggi, dorang akan suruh kita bukak tudung kita. Jangan risau, semua pompuan je kat dalam tu.


Sesi mengukur tinggi dan berat. Untuk pengetahuan korang, kelayakan untuk Inspektor Wanita adalah 157cm dan ke atas. Manakala kelayakan bagi Inspektor lelaki adalah 163 cm tanpa kasut!! Manakala berat badan minima bagi wanita adalah 48kg dan lelaki pulak 50kg. So, sesiapa calon yang tak cukup syarat ni, dorang terus diarahkan untuk balik. Sebab tu aku cakap, daripada buang masa lama-lama, baik surrender awal kalau tak cukup syarat. Bukan nak menghalau ke nak patahkan semangat ke, tapi itu lah realitinya. Kesian kat orang jauh yang datang lepss tu disuruh balik. Part tinggi tu memang takde kompromi. Mintak maap la adek kakak eh.. aku pun paham, dorang pun ikut prosedur jugak. Tapi kalau berat tu boleh lagi sebab masa ni kami belum menjalani ujian fizikal. Cuma pegawai tu menasihatkan sesiapa yang badan gempal, sila kurangkan sebelum ujian fizikal dan siapa yang kurang berat tu disarankan untuk tambahkan berat badan. So, faham disinI? 



Haaa, tu tengok tu. Semua anggota lelaki tunggu diluar sampai sesi wanita bertudung setel. Time ni aku tengahh Q! Huaahuaa..

Ok, lepas setel timbang dan sukat tu, yang tak layak terus balik dan yang cukup syarat tu pulak disuruh untuk mengisi menyemak checklist dan menyusun semua dokumen yang ada dalam checklist tersebut mengikut turutan.


Aku tak sempat nak capture checklist tu. Tapi kat dalam surat panggilan tu ade. Memang sebijik macam tu lah turutan dokumen yang diperlukan. Susun dan hantar kat kaunter depan. Pada yang tak lengkap dokumen tu diarahkan untuk membawanya semasa ujian fizikal akan datang. Sebab ada beberapa calon yang tak ada surat pengiktirafan JPA tu. Ada jugak slip MUET hilang dan sebagainya. So, be prepare la kepada semua calon nanti, lengkap kan semua dokumen tu k. Takut je nanti kita tak dapat panggilan ujian fizikal sebab tak semestinya yang dah lepas arini akan dapat panggilan ujian fizikal. Sebab Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan tapis semua calon dan akan disenarai pendekkan. Who knows kan? aku just nak bagi friendly reminder je kat korang. :)
Ok, lepas je setel dokumen tu semua, kami disuruh isi maklumst dalam page 2 kat borang tAdi tu. Page 2 tu just maklumat kokurikulum kita je. Tak banyak, sukan dan persatuan waktu sekolah atau universiti, bahasa asing selain dari BM, ape lagi tah.. tak ingat mak jemah neh. Banyak makan semut kot. Mihmihmih..

Setel je tu, terus hantar kat kaunter. alaaaaa, kejap je pun benda tu. Asalkan korang ingat je maklumat tu. Setel daa urusan aritu. Haha. Simple kan? Aku ingatkan ujian fizikal dibuat pada hari yang sama, rupanya tak!

untuk pengetahuan korang, nama akan keluar dalam bulan Julai sebab sekarang ni dorang buat pemilihan kat Sabah Sarawak dulu. Lepas setel kat sini, dorang akan buat kat sana pulak. So, lepas setel semua kat semenanjung, calon yang telah disenarai pendekkan akan menghadiri ujian fizikal pada suatu tarikh yang dorang akan tetapkan nanti. Kalau nak semak nama lepas ni, gi kat portal website PDRM k : www.rmp.gov.my



Oh, aku lupe nak gitau. Kitorang yang terselamat tu hanya tinggal 53 orang je hari tu daripada 100 lebih yang datang pagi semalam. Kira half yang kena tolak. Banyak jugak kan? Arini ada lagi, esok dan lusa pun ada lagi.. maybe diselang seli dengan calon lelaki. Tu firasat aku lah. Hehe.

Pada yang dah lepas ke fasa ni, korang jangan resign dulu tau! Sehinggalah korang lulus fasa terakhir tu iaitu interview.. part ni ramai yang tak lepas. Aku dah tanya dah ngan pegawai tu aritu Berapa banyak pengambilan. Memang dorang perlukan banyak anggota tapi masalahnya ramai tak lepas interview. Sayang kan?

Siapa yang akan dan telah menghadiri sesi ni, aku nak ucapkan selamat maju jaya, gudluck untuk korang! Kita doa sama supaya dapat ke next step k. Aku tak nak kompiden sangat, takut nanti keciwaaaaaaaa. Dalam hati kata memang nak sangatt, tapi aku kena belajar redha. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau takde or tak berjaya, aku anggap tu bukan rezeki aku. Eh, tu ayat member aku tu. Haha..! Sebab aku selalu down kot? Tak yakin pada diri. By the way, a big thanks awak sebab banyak bagi support kat orang ni! Tak bace pun takpe, asal orang ingat awak! Haha.

Ok, korang kalau ade sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah ni. mana yang aku boleh jawab aku jawab. Mana yang tak leh tu aku akan jawab takleh eh. Sebabnye aku ni pun calon jugak macam korang. Hihi. Semoga ilmu dan pengalaman aku dalam entry ni bermanfaat. Yang lain pun boleh share pengalaman korang k.. mana tau tak sama ngan pengalaman aku ni kan.. :)

Doakan aku dapat lepas ke fasa 2 tu k.. lepas ni nak kene rajin workout, jaga makan, mantain berat n kuatkan stamina.. boleh jadi kakak sado. Hahahha!

Doakan aku dapat penuhkan cita-cita zaman kanak-kanak aku k..

Muahhhcikeddddd...
Mmmuaaahhh mmuaah!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tuesday, June 09, 2015

URUSAN DOKUMENTASI ESKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR (LELAKI/WANITA) 2015

tim87 | 5:11:00 PM | | | 39 Comments so far
Assalamualaikum semua..

Ada tak siapa-siapa di kalangan korang dapat surat untuk Urusan Dokumentasi Esksesais Pengambilan Jawatan Inspektor (Lelaki/Wanita) 2015 baru baru ni?




Ermm.. ekceli aku baru je dapat call jumaat lepas dan baru semalam amek surat kat IPD Sibu. Eksaited la jugak tapi baru kene panggil ujian kot. So takleh nak over sangat sebab belum dapat lagi.. Nervous sebenarnya.. 

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah dapat panggilan ni. Lama dah ngidam nak keje dalam bidang kepolisan ni, baru skang ni dapat panggilan Inspektor. Honestly aku cakap aku tak yakin sebab banyak kekurangan. Tapi takpe aku try jugak demi mengejar impian aku nak jadi polis. *kununnya*

Lebih 10 tahun lepas kot aku pernah jugak ujian fizikal ni tapi untuk jawatan konstabel, tapi masa tu body mantop lagi kot. Huahuaa.. Now dah macam badak sket.. Sket je la... Ke badak macam aku? haha. Masa tu failed sebab kalah saiko! Ahh! Aku kalah saiko? Alaaa, kalah sket je pun beb. xsyiok baaaa.. kalau tak memang aku skang dah Lans Koperal Siti dah kot.. huaaaaaaahuaaa.. perasan! Ok pasni aku saiko korang eh.. mueheheh..

Untuk pengetahuan korang yang baru dapat ujian fizikal ni, tak kira la polis ke bomba ke askar ke n watsoever yang korang dapat, aku harap korang kene yakin dengan jawapan korang. Orang tukang interview ni saiko je banyak.. alaa, saje nak ngetest titewww leewww tewww.. mihihihi.. interview mana-mana pun panel suka saiko. Bukan ujian fizikal je.. dorang nak tengok sejauh mana kekentalan dan keyakinan korang jerr.. lek lek sap kok luuu... ikikikkikk..

Ok, ekceli aku buat entry ni sebab aku harap ade la orang nak share pengalaman or nak bertukar pendapat kat sini. Bila aku gugel je tak ramai yang buat entry ni terutama untuk Inspektor Wanita. Harap-harap ade la yang nak share lepas ni. Siapa blogger or reader lain yang dapat jawatan cerr angkat ketiak! Hihi.. xdela.. korang yang dapat tu sila share kat sini k.. nak tahu jugak preparation korang.. korang dapat kat ujian kat ipd mana n so on lah.. share tau! Aku tau ade je yang akan gugel tu nanti.. hii.. Tak salah berkongsi ilmu kan.. Kalau bukan untuk aku pun, untuk readers lain yang terrrrrrrrbukak blog ni nanti.. hihi.. tak pun kalau kalau ade blogger-blogger yang polis ke boleh gak share ngan kitorang tentang pengalaman ke, apa yang patut apa yang tak patut n pape je laa.... Pengalaman dan ilmu korang memang diperlukan dalam membimbing kami yang baru nak mencuba bidang ni... heehe.. *manis jugak ayat aku, puih!*

Ade 3 hari lagi masa nak fitkan badan n kuatkan stamina ni. Cube la bagi 3 minggu ke boleh la jugak fit kan.. Adoiii..  Aku bukan tak nak post kat fb ke tanya kawan-kawan ke ape, aku kalau boleh taknak orang tahu terutama kawan-kawan. Nanti kene gelak kalau tak dapat. Kalau kat blog ok lagi sebab tak ramai yang tahu blog aku.. ekekeke.. sape followers dan reader kental je tahu blog ni.. Ssssshhhh.. diam diam tau.. hihi.. takat ni yang tahu family aku and 3 orang member aku je.. Thankss korang sebab bagi sapot! Love u'olls!=)


Pheeewwwiittt.. Bayangkan kalau aku dalam barisan ni. Pergghhh.. Lama siot tak kawad! Last masa kem minggu lepas tapi kawad biasa-biasa je. hehe. Lame sangat ngidam nak pakai baju nipom ni. arhhh......! Sungguh menggodaaaaa. eh, aku mintak bukan sebab nipom je tau! memang minat nak jadi POLIS! ada paham? =)

Aku nak sangat jawatan ni woii. Aku nak sangat keje polis. Hohooho.. Harap-harap rezeki ade kat situ. Apa-apa pun aku redha kalau tak dapat. Tapi nak nanges la jugak nanti. Huhuhu. PASGHAH DEK NONNNN...

Lepas ujian ni aku buat entry untuk pengalaman ujian ni pulak k.. aku try my best takat mana aku dapat.

Korang, doakan aku ok..!
Aku sayangggg koranggg!!

Muahhhciked! Mmmmuahh! Mmmmuahh!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, June 04, 2015

Saat itu..

tim87 | 12:26:00 AM | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang..

Korang..

Pernah rasa macam mana sakitnya nak bangun bila jatuh sorang-sorang?

Saat tu tiada siapa sudi hulur tangan.

Saat semua hanya tahu menyalahkan.

Saat kita rasa sangat perlukan bantuan sokongan.

Dan saat itu juga Allah hadir hulurkan pertolongan.

Saat itu kau rasa betapa beharganya nikmat Allah.

Saat itu kau rasa betapa bernilainya setiap titis air mata.

Saat itu kau rasa betapa kerdilnya diri kau.

Dan saat itu juga lah kau akan kenal siapa benar kawan.

Maaf,
Sekadar luahan hati yang terpendam.

:"(

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Monday, June 01, 2015

Bawa diri

tim87 | 11:34:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang.

Rindu nak ber-entry.
Walaupun tiada reader.
Walaupun hanya 2 3 kali belog di hapdet.
Daripada ber-update status di FB.
Nonsense.
Kaki kutuk banyak.
Kaki dengki pun banyak.

Rindu nak blogwalking.
Rindu nak reply komen readers.
Walaupun tak banyak mana pun readers.

Maaf.
Hati merah bawa diri seketika.
Bawa hati.
Hati mati.


Xoxo,
Hati merah berbicara dengan bintang