Buat Duit Blog

Tuesday, June 28, 2016

stress tahap gaban!

tim87 | 8:42:00 AM |
Assalamualaikum korang!!

Stress! Bulan ke 6 aku ditempat baru yang sangat mencabar keimanan dan kesabaran aku. Stresss sangat-sangat! Tak semestinya orang banyak cakap , ketawa besar ni hidup dia bahagia . Kekadang masalah dia lagi besar dari orang yang muka stress beruk ni. Konon nya aku ni suke gelak means takdak masalah?  Camtu? Heh, lagi besaq kot masalah aku tanggung ni. Arghhh, aku nak cakap aku stress sangat2! Ya Allah, tak tertanggung beban ni Ya Allah. Tak dapat dah nak teruskan.  Nape la nasib aku macam ni kan. Tempat kerja lain pulak ragam orang, pengurusan atasan lain pulak perangai, personal matter takyah cakap lagi dah. Malang betul. Ape lagi eh pasni?

Aku rasa lagi tak stress kalau aku kerja lipat baju kat shopping mall. Lipat baju je pon! Halal jugak tu. Janji aku hepi. Aku tak kesah dah skang nak keje ape dah. Muak dah nak ngadap kipas-kipas yang dah upgrade jadi aircond shopping mall. Haha. Tak paham eh?  Takyah faham sangat lah metafora aku tu. Yang pasti aku tak seronok dengan kerja aku ni. Dah tak ikhlas dah pulak aku kerja ni kan. Ya Allah, teruknya akuuuuuuuuu!!

Hai enchek di atas, ang ingat selamanya ke berada di atas..? Sumpah aku dah panaih sangat laa ni.. Ang nak orang respect ang, tapi ang tak respect pun kuli-kuli yang kerja bawah ang..? Ang ingat yang berkuasa sangat ngan pangkat ang tu..? Argggghhh!! Sumpah streessssss!!

Ni dah kali ke berapa dah aku draft surat resign. Erkkk, bila nak submit ni..? Surat mintak pindah jabatan pun dah pernah aku submit tapi kena reject. Hessh, takpa takpa, bukan rezeki aku. Plus kena ugut bagai, kena sabotaj kot..?

p/s : Takleh tido sebab banyak pikiaq kot.  Masalah tak pernah pikiaq aku, aku je pikiaq pasai depa. Pasaiipaaaa. Haiiyaa! Tak satu, satu plak masalah datang. Sakit dada aku. :(

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

No comments :